Sunday, January 11, 2009

Respons Peribadi bagi Buku Tenggelamnya Kapal Van Der Whijck.

Buku ini menceritakan kisah cinta diantara Zainuddin dan Hayati. Pada pendapat saya, buku novel ini agak susah untuk dipahami oleh kerana penggunaan bahasanya yang berbeza dengan apa yang biasanya digunakan dalam novel-novel melayu yang lain. Oleh kerana ini, saya tidak dapat membuat diri saya untuk menyukai buku novel ini. Synopsis yang telah ditulis oleh Cikgu Manaf memudahkan pemahaman saya tentang buku ini. Oleh kerana hasutan Khadijah, adik Aziz, agar Hayati jatuh untuk Aziz kerana kemiskinan Zainuddin memutuskan hubungan antara Hayati dan Zainuddin. Perhubungan diantara Zainuddin dan Hayati amatlah dalam. Tetapi, kerana kekerasan kepala Zainuddin, mereka tidak dapat menjadi suami istri. Hayati meninggal dunia apabila Kapal Van Der Whicjk tenggelam. Zainuddin pun meninggal dunia setelah kematian Hayati, dengan permintaan terakhirnya untuk dikubur bersebelahan dengan kubur Hayati.

karangan kerjaya pilihan

Kerjaya Pilihan

1. Apakah kerjaya itu?
2. Ruang lingkup kerjaya itu?
3. Kemahiran khusus?
4. Kemahiran amnya?
5. Persediaan yang perlu dibuat pada masa sekarang?
6. Manfaatnya secara peribadi?
7. Sumbangan kerjaya pada bangsa dan Negara.


Bagi saya, kerjaya seseorang itu haruslah sesuatu yang diidami oleh seseorang itu. Kita tidak perlu menjadi seorang doktor untuk berasa bangga akan kerjaya kita. Oleh kerana ini, saya beraspirasi untuk menjadi seorang pengatur cara untuk komputer. Pekerjaan in memiliki banyak cabang seperti pengatur cara untuk permainan komputer, perlindungan dan juga untuk filem dan lain-lain lagi. Saya belum lagi memilih cabang mana yang saya akan tempuh, tetapi saya yakin perjalanan untuk mencapai kerjaya ini sulit dan mencabarkan.
Kerjaya pengatur cara komputer ini melingkupi banyak hal. Dari segi desain hingga suara, pengatur cara komputer ini begitu kompleks dan bervariasi. Seorang pengatur cara permainan komputer, sebagai contoh, juga memiliki banyak cabang. Pengatur cara suara, pergerakan dalam permainan, desain, cara permainan dan lain-lain lagi. Seseorang pengatur cara permainan komputer perlu mengetahui kurang lebih asas-asas cabang itu dan berpendalaman dalam paling sedikit satu daripada cabang yang banyak ini.
Pengatur cara komputer harus dapat memahami bahasa komputer yang dapat digunakan. Pada masa lalu, komputer elektronik belum lagi begitu canggih. Pengatur cara komputer dahulu menulis program dengan menggunakan angka 1 dan 0 dengan cara khusus untuk aplikasi yang berbeza. Kalkulator masa dahulu dibina dengan cara ini. Tetapi, pengatur cara pada zaman kini menggunakan program-program yang memudahkan pekerjaan mereka. Program ini ditulis dalam bahasa komputer yaitu C, C++ dan lain-lain lagi. Pengetahuan bahasa-bahasa komputer ini merupakan beberapa pengetahuan am yang mesti diketahui oleh seseorang pengatur cara komputer. Kemahiran khusus seseorang pengatur cara komputer berbeza bagi setiap cabang. Seseorang pengatur cara permainan komputer menggunakan program-program berbeza untuk desain 3D, cara permainan, suara dan lain-lain lagi.
Persediaan yang perlu saya lakukan untuk meraih kerjaya ini ialah mempelajari bahasa komputer C++. Bahasa ini merupakan asas yang diperlukan untuk seseorang pengatur cara komputer, baik untuk permainana komputer, perlindungan komputer dan cabang-cabang lain. Saya sudah mulai mencari buku-buku tentang bahasa ini. Tetapi, kerana kesuntukan masa, saya belum lagi dapat membaca buku ini. Seseorang pengatur cara komputer juga memerlukan pengalaman untuk dapat berjaya dalam kerjaya ini. Pengalaman amat penting bagi seorang pengatur cara komputer kerana ia akan dapat mempersiapkan seseorang itu jikalau ada kesalahan yang terjadi.
Manfaat peribadi menjadi seseorang pengatur cara bagi saya, selain gaji, ialah kepuasan hati apabila program-program saya digunakan oleh orang ramai. Sebagai seorang pengatur cara perlindungan komputer, saya dapat membina program yang dapat melindungi data-data seseorang itu. Sebagai pengatur cara permainan komputer, saya dapat melihat kepuasan orang lain apabila mereka bermain ciptaan saya.
Sumbangan kerjaya saya kepada Bangsa dan Negara juga melingkupi perihal yang saya tuliskan di perenggan atas. Orang-orang yang melakukan bisnes melalui internet akan berasa aman kerana data mereka terlindungi. Mereka tidak perlu takut kehilangan data mereka kerana virus atau kecurian data oleh syarikat-syarikat lain.
Kerjaya pengatur cara komputer amat kompleks dan bervariasi. Ia memiliki banyak penggunaan selain yang sudah diterangkan dalam karangan ini. Ia adalah sebuah kerjaya yang mencabar dan mudah bertukar. Bagi saya, kerjaya ini adalah kerjaya yang paling penting oleh kerana penggunaan komputer yang making berkembang sekarang.

Monday, January 7, 2008

Hari Isnin, 7/1/2008

Pada hari ini, Saya mempelajari tentang dua tarian asas Melayu, Yaitu Inang dan Joget.
Saya juga mempelajari tentang tarian yang rancak dan yang gemalai.