Sunday, January 11, 2009

Respons Peribadi bagi Buku Tenggelamnya Kapal Van Der Whijck.

Buku ini menceritakan kisah cinta diantara Zainuddin dan Hayati. Pada pendapat saya, buku novel ini agak susah untuk dipahami oleh kerana penggunaan bahasanya yang berbeza dengan apa yang biasanya digunakan dalam novel-novel melayu yang lain. Oleh kerana ini, saya tidak dapat membuat diri saya untuk menyukai buku novel ini. Synopsis yang telah ditulis oleh Cikgu Manaf memudahkan pemahaman saya tentang buku ini. Oleh kerana hasutan Khadijah, adik Aziz, agar Hayati jatuh untuk Aziz kerana kemiskinan Zainuddin memutuskan hubungan antara Hayati dan Zainuddin. Perhubungan diantara Zainuddin dan Hayati amatlah dalam. Tetapi, kerana kekerasan kepala Zainuddin, mereka tidak dapat menjadi suami istri. Hayati meninggal dunia apabila Kapal Van Der Whicjk tenggelam. Zainuddin pun meninggal dunia setelah kematian Hayati, dengan permintaan terakhirnya untuk dikubur bersebelahan dengan kubur Hayati.

No comments: